Uji.

“Sesungguhnya Allah akan menguji satu golongan daripada orang-orang beriman yg menjadi WaliNya dan yg dihampiriNya dan yg diberiNya ilmu-ilmu kerohanian agar mereka berdoa dan bermohon kepadaNya dan Dia suka menerima doa dan permohonan mereka. Apabila mereka berdoa bermohon, Allah perkenankan doa dan permohonan mereka itu supaya Allah memberi kemurahan dan keagungan bahagian-bahagian mereka, sebab keagungan dan kemurahan itu telah memohon kehadrat Allah semasa simukmin itu berdoa, agar doanya diterima. Kadang-kadang permohonan dan doa itu diperkenankan tetapi bukan dilaksanakan dengan serta merta, kerana menurut takdir dan hukuman Allah, dan bukannya kerana tidak diterima langsung. Oleh itu sihamba hendaklah bersabar tatkala ditimpa malapetaka dan selidikilah diri sendiri sama ada telah melakukan dosa dan maksiat, tidak mematuhi Allah, membuat yg haram, secara terang-terang atau tersembunyi, atau menyalahkan takdir, kerana adakalanya ujian itu adalah hukuman kerana melakukan dosa. Jika malapetaka itu dihindarkan Allah, maka baguslah. Jika tidak, teruslah bersabar dan meminta serta merayu dengan penuh khidmat kepada Allah kerana mungkin juga ujian itu diteruskan terhadap ya agar dia terus berdoa dan merayu kepadaNya. Janganlah salahkan Allah kerana melambatkan doa kamu terkabul”

_FUTUHUL-GHAIB